Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

FAQ

Professional

Frequently Asked Questions

Kami tetap berpegang pada prinsip yang sama di mana syarikat kami diasaskan lebih 10 tahun yang lalu: menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan kami, meletakkan keselamatan pertama, mewujudkan peluang bagi rakyat kita!

Apakah Matlamat Kotani?

Apakah latarbelakang KOTANI?

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada tahun 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92. Keanggotaan KOTANI seramai 6,977 orang sehingga 31 Disember 2014 yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pertanian dari semua jabatan dan agensi dibawahnya. Mulai 26 April 2006, kakitangan di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar juga boleh menganggotai KOTANI. Ini menjadi jumlah kakitangan yang berpotensi menjadi anggota KOTANI adalah lebih dari 30,000 orang.

Apakah VISI Kotani

Menjadi sebuah Koperasi yang unggul menjelang tahun 2015 yang berteraskan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan kecemerlangan ekonomi dalam semua bidang bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu, global dan berekonomi tinggi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.

Apakah MISI Kotani?

Menjadi sebuah koperasi yang berdaya maju selaras dengan pembangunan dan teknologi semasa dengan menyertai beberapa projek yang berdaya saing dan berpotensi seperti bidang hartanah, pertanian, perladangan dan pembangunan di samping mengamalkan budaya korporat yang cemerlang.

Apakah Objektif Kotani

Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama.