Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

Info Korporat

Kenali KOTANI secara lebih dekat

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92. Keanggotaan KOTANI seramai 6,382 orang sehingga 31 Disember 2016 yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pertanian dari semua jabatan dan agensi dibawahnya. Mulai 26 April 2006, kakitangan di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar juga boleh menganggotai KOTANI. Ini menjadi jumlah kakitangan yang berpotensi menjadi anggota KOTANI adalah lebih dari 30,000 orang.

Pentadbiran KOTANI mempunyai 12 orang kakitangan tetap yang berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan anggota ketika berurusan dengan KOTANI di bawah naungan Lembaga Pengarah yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin untuk mengurus dan mentadbir koperasi.

Aktiviti utama KOTANI ialah Skim Pembiayaan KOTANI dan Skim Insuran KOTANI. Disamping itu juga, KOTANI telah menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti penternakan ikan air tawar, pemborongan dan peruncitan, kiosk dan kafe, kedai pajak gadai Ar Rahnu dan resort Taman Ekstrem Tasik Chinchin di bawah anak syarikat, Kotani Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) yang lebih menumpukan pelancongan dalam negeri, sebagaimana yang dialu-alukan oleh kerajaan.

Visi, Misi dan Objektif

Visi KOTANI

Menjadi koperasi yang berprestij, cemerlang, berintegriti dan berdaya saing dalam perniagaan dan memberi perkhidmatan terbaik serta berkualiti pada anggota-anggota selaras dengan prinsip dan nilai-nilai koperasi.

Misi Kami

  • Meningkatkan jenis perniagaan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota, pelanggan dan masyarakat.
  • Menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan serta kehendak anggota dan pelanggan.
  • Memperbaiki dan meningkatkan sosio-ekonomi anggota-anggotanya.
  • Memberi mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi, cekap dan efektif.
  • Membentuk pengurusan yang cekap, amanah dan mantap ke era globalisasi.
  • Melahirkan pekerja yang berketerampilan dan menjalankan perniagaan yang mempunyai daya saing yang tinggi.

Objektif

  • Untuk menggalakkan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan pelbagai kemudahan menabung dan pelaburan.
  • Memberi kemudahan perkhidmatan berkualiti kepada anggota.
  • Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama.
  • Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota.
  • Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yang kompetitif.
  • Menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti.