Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

KIOSK DAN KOTANI D’CAFE

Penubuhan Cafe dan Kiosk KOTANI di Wisma Tani, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan buffet harian serta tempahan katering untuk mesyuarat-mesyuarat serta majlis-majlis rasmi di Kementerian dan Jabatan sekitar Putrajaya. Di samping itu, penubuhan Kiosk KOTANI pula adalah sebagai satu alternatif untuk memudahkan anggota berurusan dengan pihak pengurusan dan mendapatkan info tentang KOTANI. Selain itu, Kiosk KOTANI juga adalah sebagai satu platform untuk mengetengahkan barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Industri Asas Tani (IAT).