Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

Pembiayaan KOTANI

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ada menyediakan pembiayaan Al-Bainah untuk semua anggota KOTANI yang layak.

Tujuan Pembiayaan adalah untuk menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.

Antara pembiayaan yang ditawarkan di KOTANI adalah :-

  • Pembiayaan Peribadi Al-Inah
  • Pembiayaan Al-Inah Kecemasan
  • Pembiayaan Al-Inah Pendidikan
  • Pelancongan
  • Bantuan Khas Perayaan
  • Bai’ Bithaman Ajil
  • Insurans dan Cukai Jalan

Had Pembiayaan

Jumlah maksima pembiayaan ini ialah sejumlah RM 150,000.00.

Pembiayaan ini dihadkan kepada dua puluh lima (25) bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.

Tempoh Bayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

  • Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
  • Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.
  • Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.
  • Pembiayaan Bertindih

Kecuali dengan kebenaran Lembaga pembiayaan bertindih dibenarkan selepas bayaran ansuran pembiayaan telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran. Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Kadar Pengambilan Keuntungan

Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

Tempoh Pembiayaan Kadar Pengambilan Keuntungan
12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
37 bulan – 96 bulan 4.99% setahun
97 bulan – 120 bulan5.35% setahun

JENIS SKIMNILAI MAKSIMA (RM)TEMPOH BAYAR BALIK
Pembiayaan Al-Inah (Peribadi)50,000.00120 bulan
Pembiayaan Al-Inah (Kecemasan)1,000.0012 bulan
Pembiayaan Al-Inah (Pendidikan)3,500.0036 bulan
Pembiayaan Al-Inah (Khas Perayaan)3,500.0060 bulan
Pembiayaan Al-Bai’ Bithaman Ajil20,000.00120 bulan
Pembiayaan Insurans/Cukai Jalan Kenderaan5,000.0012 bulan
Pembiayaan Pelancongan20,000.0060 bulan