Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

Kiosk KOTANI, Wisma Tani Putrajaya

  • Kiosk KOTANI, Wisma Tani Putrajaya

Penubuhan Kiosk KOTANI di Wisma Tani, Putrajaya merupakan salah satu alternatif mudah untuk anggota berurusan dengan pihak KOTANI selain menjadi tempat anggota mendapatkan info-info terkini tentang KOTANI.

Kiosk KOTANI telah dirasmikan pada 16 Jun 2011 oleh YB Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain dari menyediakan perkhidmatan untuk anggota, KOTANI turut menjalankan perniagaan menjual barangan yang berasaskan pertanian, perikanan dan sebagainya yang telah diperolehi dari badan – badan kerajaan, swasta dan persendirian. Sehingga kini, pihak KOTANI masih mengalu – alukan pembekal produk – produk tempatan untuk dipasarkan ke Kiosk KOTANI.

Category: Kotani

Share: