Sentiasa Membantu Mencapai Matlamat Anda

Tuntutan Tabung

Bagi menjaga kebajikan Anggota , KOTANI telah menyediakan dua (2) jenis tabung untuk kemudahan dan manfaat Anggota iaitu Tabung Kebajikan dan Tabung Khairat Kematian yang mana kesemua tabung ini terbuka kepada Anggota, pasangan dan anak-anak.

a) Tabung Kebajikan

  • Elaun Hospital / Malapetaka

Syarat-syarat bagi tuntutan Tabung Kebajikan Elaun Hospital/Malapetaka adalah seperti berikut:

JENIS TABUNGSUMBANGAN (RM)TEMPOH TUNTUTANKELAYAKANNILAI / MALAM (RM)
Elaun HospitalRM 200.00(Maksima / Tahun)6 bulan selepas menerima rawatan
  1. Anggota
  2. Pasangan (Suami/Isteri)
  3. Anak-anak (Anak kandung, Anak angkat yang sah, Berumur 21 tahun ke bawah)
  1. 50.00
  2. 20.00
  3. 10.00
MalapetakaRM 500.00(Maksima)6 bulan dari tarikh kejadianAnggota KOTANI sahajaTiada
  • Wang Pelajaran

Syarat-syarat bagi tuntutan Tabung Kebajikan Wang Pelajaran adalah seperti berikut:

JENIS TUNTUTANKELULUSANSUMBANGANTAMAT TEMPOH PERMOHONANPENERIMA SUMBANGAN
UPSR5ARM 50.006 bulan dari keputusan keluarAnak Anggota
PT3Min 7ARM 100.006 bulan dari keputusan keluarAnak Anggota
SPMMin 6ARM 200.006 bulan dari keputusan keluarAnak Anggota
STPM / MatrikulasiMin 4A / CGPA 3.8 keatasRM 200.006 bulan dari keputusan keluarAnak Anggota
Diploma / Ijazah (Daripada IPT)CGPA 3.5 keatasRM 300.006 bulan dari keputusan keluarAnggota KOTANI
Diploma / Ijazah(Daripada MKM)CGPA 3.5 keatasRM 250.006 bulan dari keputusan keluarAnggota KOTANI
Ijazah Sarjana Muda (IPTA/IPTS)Tawaran dari IPTA/IPTSRM 250.006 bulan dari SURAT TAWARANAnak Anggota dan Anggota KOTANI

a) Tabung Kebajikan

DOKUMEN YANG DIPERLUKANSUMBANGAN (RM)TEMPOH PERMOHONANPENERIMA SUMBANGAN
Borang TKA yang ditandatangani oleh wakil KOTANI dan salinan sijil kematian yang disahkan
  1. 1000.00
  2. 750.00
  3. 500.00
Dalam masa 6 bulan dari tarikh kematian
  1. Anggota KOTANI
  2. Suami/Isteri Anggota (terhad kepada seorang sahaja)
  3. Anak Anggota (terhad kepada 3 orang anak sahaja)